Bangsawan-bangsawan pemberontak tidak ada harapan langsung untuk menang apabila berhadapan dengan Angkatan Tentera Pertama. Dalam setiap pertempuran, pasukan tentera itu hanya perlu menembak sebanyak satu pusingan sahaja sebelum pemenangnya diketahui dengan jelas. Angkatan Tentera Pertama tidak perlu mengisi peluru pun kerana musuh mereka akan terus lari lintang-pukang seperti dikejar hantu. Mereka tidak cuba melawan pun, jadi ini memudahkan kerja pasukan askar Roland untuk mengejar dan menangkap mereka semua.
Kapak Besi berjaya menawan satu wilayah setiap hari dan kawasan Keluarga Rusa Tanduk, Keluarga Serigala dan Keluarga Mawar Liar terus jatuh dalam tawanan mereka. Namun apabila angkatan itu tiba ke kawasan Keluarga Daun Mapel, mereka terhenti.
Ada sesuatu yang mereka tidak sangka.
"Tak guna. Apa bezanya ini dengan Kubu Longsong?" Brian merenung marah ke arah istana Earl Daun Mapel yang tersergam tinggi. "Ia dikelilingi parit besar!"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com