Peng!
Raja Daun Hijau itu terhempas ke atas tanah dan bahagian belakang tubuhnya menghasilkan satu jurang yang dalam sepanjang beberapa dozen meter ke atas tanah.
Selepas itu, darah tersembur daripada mulutnya dengan sangat banyak. Wajahnya menjadi pucat seperti sekeping kertas, seolah-olah seperti dia telah kekurangan darah dan daya hidupnya.
Dia dan Raja Daun Emas ialah para pertapa dengan kekuatan yang setanding antara satu sama lain. Raja Daun Emas itu tiba-tiba telah menyerangnya dengan sepenuh kekuatannya dan walaupun dia berjaya untuk kekal hidup dengan menyalurkan tenaganya pada saat-saat akhir, segala organnya telah pecah dan ini membuatkan dia berada dalam keadaan hampir mati.
Pada kadar ini, besar kemungkinan yang dia tidak akan bertahan terlalu lama.
Raja Daun Hijau itu mengetap rahangnya dengan ketat dan berteriak dengan menggila, "Mengapa?"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com