"Zhang Xuan? Kamu pelajar Pengetua Zhang?" Kerana terlalu terkejut mendengar perkara tersebut, nada Wo Tianqiong kedengaran agak tinggi.
Wu Ran dan Shen Pingchao juga telah terpegun kerana terlalu terkejut.
Bukan Pengetua Zhang hanya berada di alam Separuh Santo ke? Tetapi pelajarnya sudah berada di alam Krisalis… malah dia mampu berlawan dengan pihak lawan yang jauh lebih kuat daripadanya, sehingga seorang Komandan Seratus Orang dari Dewan Pakar Tinju pun bukan lawannya?
Lawak betul yang mereka asalnya berfikir yang Pengetua Zhang hanya mahir dalam mengajar seni tinju dan tidak pandai meningkatkan kekuatan badan ataupun zhenqi. Ia hanya pada saat ini mereka faham betapa mengarutnya fikiran mereka itu sebenarnya.
Bagaimana mungkin seseorang yang mampu membesarkan seorang pelajar yang berbakat seperti ini mungkin senang?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com