"Zhang shi!"
Sebaik sahaja dia sampai ke pintu depan pondok tersebut, dia telah ternampak Hu Yaoyao, Zue Zhengyang dan yang lain turun dari binatang berkepak gergasi mereka.
Setengah bulan sebelum ini, mereka masih merupakan ketua kumpulan paling kuat dan berpengaruh dalam akademi. Namun pada saat ini, ia kelihatan seperti anak ayam berhadapan dengan helang megah, mereka tiada sebarang keangkuhan langsung pada mereka, malah ketakutan boleh dilihat daripada tubuh mereka.
Sebelum ini, mereka semua masih rakan seperjuangan, namun sekarang, mereka telah menjadi junior kepada orang ini. Mereka tidak lagi berani berlagak angkuh di depannya.
"Zhang shi, kamu sudah bersedia untuk bertolak tak?" Hu Yaoyao bertanya.
"Un." Zhang Xuan mengangguk kepalanya.
"Bagus. Mari kita pergi sekarang!" Hu Yaoyao menyuruh Zhang Xuan menaiki binatang berkepak yang mereka tunggang ke sini tadi.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com