Di istana diraja Hongyuan, dua pemuda berpakaian mewah sedang berjalan bersebelahan.
Kedua-dua mereka nampaknya seperti berada di usia awal dua puluhan dan pertapaan mereka juga berada di alam Pergabungan Sempurna.
"Kekanda Kelima, adakah kamu akan mencabar percubaan itu hari ini juga?" Pemuda yang lebih muda dalam kalangan mereka bertanya dengan sebuah senyuman.
"Adinda Keenam telah berjaya menyelesaikan keempat-empat percubaan selepas kemajuan dalam pertapaannya yang lalu. Sebagai abang yang lebih tua daripadanya, bagaimana mungkin saya boleh kalah kepadanya? Jika saya tak boleh setanding dengannya, sekurang-kurangnya pun, Ayahanda mungkin akan mula memandang rendah kepada saya!" Pemuda yang dipanggil sebagai Kekanda Kelima itu menjawab dengan satu sinaran di dalam matanya.
Pemuda yang lebih tua di antara mereka berdua itu ialah Putera Kelima kepada Empayar Hongyuan, Yu Hong dan yang lebih muda pula ialah Putera Kelapan, Yu Zheng.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com