webnovel

Saya Tak Mahu Menjualnya Lagi!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tetua tetamu?" Xue Zhenyang membeliakkan matanya kerana terkejut.

Walaupun tetua tetamu tidak mempunyai kuasa yang besar seperti ketua lain dalam akademi, namun mereka mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada mereka.

Ini adalah kerana mereka merupakan tokoh-tokoh terkenal di luar yang telah dijemput hadir ke akademi untuk meningkatkan prestij dan reputasi sekolah.

Sebagai contoh, maharaja Empayar Hongyuan juga mempunyai pangkat sebagai tetua tetamu di dalam akademi.Dia seringkali akan menziarahi akademi untuk memberi syarahan kepada para pelajar, mengajar mereka pemahaman pertapaan.

Bagi seorang remaja berumur tujuh belas tahun menjadi tetua tetamu dalam akademi… Bukan terlalu melampau ke?

"Betul itu. Dia lebih dari layak untuk menerima pangkat tersebut!" Xu Changqing mengangguk serius.

Dia tidak membuat keputusan ini sesuka hati sahaja. Dia telah pun menilai segala keburukan dan masalah yang akan datang sebelum menyatakannya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter