Selepas meninggalkan kediaman tersebut, Zhang Xuan tidak dapat menahan perasaan curiganya lalu bertanya kepada Wei Changfeng, "Ada benda yang tak kena dengan Bunga Awan Kabus ke?"
Tidak kira bagaimana dia fikir tentangnya, ia tetap pelik untuk You Xu tiba-tiba bertukar fikirannya dan menjual Bunga Sepuluh Daun pada harga begitu murah.
"Bukan itu. Ia cuma susah untuk mendapatkan Bunga Awan Kabus tersebut. Tuan muda, jangan risau tentang ini. Saya pasti akan dapatkannya tak kira apapun!" Wei Changfeng membalas dengan mata yang penuh harapan.
"Betul ke?" Zhang Xuan masih sedikit meragui perkara tersebut.
Impresinya tentang Timbalan Pengetua You sedikit tidak baik dan dia tidak fikir orang macam itu akan memberikan sahaja Bunga Sepuluh Daun hanya untuk sekuntum daun teh.
"Tuan muda, jangan risau. Ia mungkin sedikit susah untuk mendapatkannya tetapi saya sudah pasti akan berjaya!" Wei Changfeng memujuk.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com