"Ya saya!"
Zhang Xuan menggaru kepalanya sambil berasa bingung kerana tidak dapat memahami reaksi para senior di situ.
'Saya sudah cuba merendahkan diri dengan tidak mengambil keluar Binatang Helios Byzantium. Kenapa pula kamu semua masih berkelakuan begitu?'
"Lagipun, markah saya kan kalah kepada Yu Cheng. Sudah pasti perasaan teruja yang penuh kekaguman itu patut ditujukan padanya dan bukan saya kan?'
Bukan sahaja Zhang Xuan bingung, para guru sarjana lain di situ juga terkejut melihat reaksi tersebut daripada senior yang biasanya tenang sahaja. Adakah mereka semua terkena strok pada masa yang sama?
Tiba-tiba, seorang senior telah berkata, "Kalian, kami sudah jumpa Zhang shi!". Teriakannya itu telah menarik perhatian semua senior lain.
"Apa? Dia Zhang shi?"
"Jadi kamulah Zhang shi, nampaknya kamu setampan yang saya jangkakan…"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com