webnovel

Terima Kasih Zhang Xuan

Editor: EndlessFantasy Translation

"Puteri Keenam, kamulah orang yang paling pandai di sini. Kamu tahu tak apa yang sedang berlaku ini?"

Xing Yuan menelan air liurnya sambil bertanya.

"Saya…saya…"

Pada saat ini, Yu Fei er sudah berada di ambang menangis.

Sebagai seorang puteri, dia mempunyai kebolehan untuk membaca kitab rahsia yang khas untuk penglihatan kerabat diraja sahaja, malah, dia juga telah didedahkan kepada banyak teknik unik dari serata dunia. Walaupun begitu, dia tidak dapat membayangkan satu teknik pun dalam dunia ini yang mampu membenarkan seseorang berdiri selepas dijadikan ketulan daging sahaja.

"Bagaimana dengan kamu?"

Xing Yuan berpaling melihat Wu Zhen dan bertanya.

Daripada bagaimana orang ini mahir dalam mekanisme, dia mungkin dapat tahu sedikit sebanyak tentang muslihat di sebalik kepelikan ini.

"Saya…"

Bibir Wu Zhen juga menggeletar tanpa kawalan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter