Jika formasi itu tidak muncul, bagaimana seseorang akan mengetahui jika ia Formasi Pengurungan, Pembunuhan, Ilusi ataupun Pemukauan?
Ini sama seperti berlawan dengan binatang roh yang tidak diketahui. Jika seseorang tidak dapat melihat badannya dan mendapat tahu kelemahan, bagaimana dia boleh membunuhnya?
'Kamu mesti sedang bergurau kan!?'
Sesiapa yang tahu sedikit sebanyak tentang formasi sudah pasti tidak akan berkata perkara begitu bodoh!
"Jalan formasi ini teramat mendalam dan luas, ia mempunyai warisan panjang di sebaliknya. Ia boleh dikatakan di antara pekerjaan yang paling hebat dalam benua ini, hanya kalah sedikit sahaja kepada para guru sarjana. Ilmu yang begitu mendalam dan meluas sebegitu tetapi kamu hanya boleh mencadangkan untuk mentafsirkannya sahaja? Kamu merepek betul!"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com