webnovel

Wu Zhen yang Malang (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila melihat dua tapak kaki di punggung perempuan itu, Zhang Xuan berasa sedikit kekok. "Jika kita sambung berlawan, saya takut… kamu mungkin akan cedera lebih teruk. Lebih baik kamu lupakan sahaja tentangnya! Saya akan terima apa sahaja taruhan yang kamu mahu…"

Dia tidak dapat menandingi orang ini dalam perlawanan biasa, tetapi jika dia sambung ikut arahan Perpustakaan Jalan Syurga, siapa tahu apa yang mungkin akan terjadi lagi?

Dia sudah berasa cukup malu untuk tendang seorang perempuan dua kali di punggungnya. Walaupun kulitnya tebal, dia tidak sanggup melakukannya lagi.

"Baiklah!"

Walaupun Puteri Fei-er begitu marah sehingga dia boleh menarik keluar semua rambutnya pada saat itu juga, dia juga tahu dia akan berada dalam keadaan serba kekurangan jika perlawanan itu diteruskan. Oleh itu, dia mengambil nafas yang dalam dan mengangguk kepalanya sahaja.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter