"Saya…"
Ye Wentian melompat apabila terdengar tuduhan tersebut, peluh sejuk mula mengalir turun dari belakangnya.
Dia mungkin merupakan maharaja Empayar Huanyu, tetapi di depan orang ini, dia tidak akan berani berkata apa-apapun.
Empayar Huanyu merupakan satu daripada empayar tahap 2 di bawah pemerintahan Empayar Tahan 1 Hongyuan. Jika orang ini benar-benar berniat menggantikannya dengan orang lain, Wei Jiang pun tidak akan mampu menyelamatkannya.
"Minta maaf tetapi boleh saya tahu sebab di sebalik kemarahan Tuanku? Saya mungkin tak berbakat tetapi saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk negara ini… Jika Tuanku fikir saya telah gagal dalam mana-mana aspek pun, sudah pasti saya akan berusaha untuk memperbetulkan kelemahan saya supaya tak menghampakan kepercayaan Empayar Hongyuan terhadap saya…" Ye Wentian berkata dengan cepat.
Puteri Keenam itu masih baik sahaja pagi tadi, kenapa pula dia tiba-tiba naik marah di sini?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com