Wei Changqing telah mendapati dirinya di ambang kewarasan. Hanya beberapa saat tadi dia telah menawarkan ganjaran kepada Binatang Roh Beryline untuk tidak terpedaya dengan godaan orang itu.
Namun… dalam sekelip mata sahaja, ia sudah mengkhianatinya. Apa yang dia tersalah buat kali ini?
Jika orang itu menawarkan sesuatu di luar kemampuannya sendiri seperti intipati darah binatang roh lebih tinggi, Wei Changqing masih boleh sahaja menerimanya. Tetapi, apa yang orang ini tawarkan sekadar tamparan kuat sahaja…
Ke mana pergi maruah kamu sewaktu saya menjinak kamu sebelum ini? Kamu ada air muka lagi ke?
"Binatang Roh Beryline, apa yang kamu sedang buat? Kamu sudah lupa kamu ini binatang jinakan saya?"
Darah Wei Changqing mula membuak-buak dan mukanya bertukar menjadi merah akibat marah. Dia melangkah ke hadapan sambil berteriak dengan kuat.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com