"Zhang shi…"
Selepas berjalan ke Zhang Xuan, Ruohuan gongzi teragak-agak untuk seketika lalu mengetap giginya dan berkata, "Saya ada permintaan!"
"Cakap sahaja!" Zhang Xuan membalas dengan sebuah senyuman.
Walaupun dia mempunyai sedikit peselisihan faham dengan genius dari Persekutuan Beribu Empayar yang seorang ini, mereka telah lama menyelesaikan dendam mereka semasa di Pemerintahan Lapangan Ais. Tambahan pula, mereka berdua ini calon yang mewakili Persekutuan Beribu Empayar, jika dia dapat menolong, sudah pasti dia tidak akan menolak.
"Asalnya, saya tak menyimpan harapan untuk mencapai tempat sepuluh teratas pun. Namun… sekarang saya sudah mencapai tempat enam belas teratas, jika saya tak mencuba, sudah pasti saya akan menyesal nanti…" muka Ruohuan gongzi bertukar menjadi merah.
Kerana dia telah mendapat angka giliran 'A1', dia telah berjaya maju ke pusingan seterusnya tanpa perlu untuk berlawan.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com