Roh yang mempunyai kawalan pada masa itu akan menjadi tuan badan tersebut. Jika roh si perasuk tidak dapat merasuk dalam masa selepas roh pemilik asal telah ditolak keluar, kemungkinan besar badan itu akan mati menjadi mayat begitu sahaja.
Sekurang-kurangnya pun, dalam situasi begini, walaupun jiwa pemilik asal telah ditahan balik, ia masih berpeluang lagi. Tetapi jika badan ini telah menjadi mayat, mereka berdua akan mati begitu sahaja.
"Zhang shi, bidang jiwa ini teramat kompleks sehingga dewa sendiri tak akan berani mendakwa yang mereka memahaminya sepenuhnya. Apabila melihat betapa roh jahat itu mempunyai kawalan sekarang, jika roh asal tidak dapat mendapatkan kawalannya balik… itu tak akan jauh berbeza daripada membunuhnya!" Muka Ketua Dewan Sai bertukar menjadi seram.
"Betul! Kamu patut berfikir dua kali!" Muka Luo Qin kelihatan cemas.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com