"Hebat!"
'Gongzi' dan lain-lain yang sedang terduduk di belakang binatang buas itu baru sahaja tiba sebelum mereka ternampak kejadian tersebut. Malah, Jin Conghai juga tidak mampu menahan diri dari terpekik.
"Dia memang betul-betul hebat kerana mampu ternampak kelemahan dalam serangan tersebut dengan serta-merta. Hanya dengan mempunyai tahap kearifan yang tinggi sahaja pasti tak akan mencukupi untuk menyerang terus ke dalam mata ribut supaya dapat menyeberangi bendungan rendah… Lebih penting lagi, seseorang itu harus mempunyai kecekalan minda yang amat tinggi!"'Gongzi' juga mengangguk bersetuju.
"Mungkin Luo Qianhong ini juga akan kalah. Tetapi… istana diraja Xuanyuan itu mempunyai beberapa angkatan tentera. Jadi, tidak kiralah betapa berkuasanya Zhang Xuan ini, dia masih lagi seorang individu sahaja. Pasti mustahil bagi dia untuk menentang serangan sebuah negara. Apa yang patut kita lakukan? Patut ke kita menolong dia?" Jin Conghai bertanya bimbang.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com