Liang Qingming beranggapan yang ancaman ini akan memulakan kekalutan dalam diri lelaki gempal dan juga orang-orang gaji di dalam kediaman tersebut. Mereka pasti akan melarikan diri sejauh mungkin disebabkan ancaman daripada seorang pakar ini.
Tetapi dengan satu renungan sahaja, badannya berhayun sekali lagi.
Para pegawai di dalam kediaman tersebut masih lagi bekerja seperti biasa bagaikan kehadirannya itu langsung tidak membawa apa-apa kesan. Mereka yang sedang bertapa meneruskan pertapaan mereka, mereka yang sedang memasak meneruskan masakan mereka dan mereka yang sedang membasuh meneruskan basuhan mereka… Ia terasa seolah-olah lelaki itu seorang halimunan!
Terutama sekali bagi lelaki gempal itu yang sedang merenungnya dengan penuh kebencian seolah-olah dia sedang merenung seorang bahlul.
Gila betul!
Situasi apakah ini?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com