webnovel

"Satu lagi buku emas?"

Mata Zhang Xuan mula berkelip. 

Dia telah menempuh pelbagai dugaan untuk mengajar Mu Xueqing, malah dia sendiri telah mengajarkan Seni Pedang Leper Jalan Syurga kepadanya. Walaupun begitu, dia tidak menjangkakan yang dia dapat melahirkan perasaan terhutang budi yang ikhlas daripadanya sehingga dapat menjana sebuah lagi buku emas baharu.

Zhang Xuan tidak tahu kegunaan lain Buku Jalan Syurga ini tetapi kebolehannya untuk meningkatkan Kedalaman Jiwa Zhang Xuan dengan senang dan mengasimilasikan semua buku dalam Perpustakaan Jalan Syurga sudah cukup menjadikannya sebagai harta karun yang tidak ternilai.

"Cikgu, tak kira ke mana kamu pergi, saya pasti akan mencari kamu!"

Selepas menyumpah akan berbuat demikian dalam hatinya, Mu Xueqing memimpin mereka semua untuk beredar.

Bilik itu mula menjadi senyap sebaik sahaja mereka semua beredar. Namun, Lu Chong tetap kekal di bilik itu, berdiri di situ tanpa bergerak.

"Kamu…"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter