"Bunga Plum Salji itu sedang menggunakan tenaga persekitaran untuk tumbuh, ini… sebuah lukisan di tahap kelima?"
"Cuma dengan menyembur sedikit air padanya, ia telah bertukar menjadi lukisan di tahap kelima?"
"Bagaimana ia boleh jadi sebegini?"
Muka semua orang di situ bertukar menjadi terkejut sambil mereka terpegun di situ.
Ia hanya binatang liar sedang berlari dengan manja dan bergolek di atas kertas, jadi mereka ingat lukisan itu sampah sahaja. Namun, dengan satu goncangan, ia telah bertukar menjadi lukisan tahap ketiga.
Bukan itu sahaja. Dengan memanaskan lukisan itu dengan obor, ia dengan segera telah meningkat menjadi sebuah lukisan di tahap keempat… selepas itu, dengan semburan air, ia telah menjana kesan salji dan ini menyebabkan lukisan ini mencapai tahap kelima.
Haram jadah!
Kamu ini seorang pelukis… ataupun seorang ahli silap mata?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com