Perdebatan ini penilaian paling susah dalam seluruh ujian teori penjinak binatang.
Ia bukan ujian di atas kertas, tetapi secara lisan.
Apabila seorang itu menjawab di atas kertas, dia mempunyai cukup masa untuk dia fikir. Walaupun jika mereka tersalah tulis, mereka masih dapat menukar jawapan mereka. Namun, melalui perdebatan, ia tidak semudah begitu.
Para pengambil ujian tidak akan diberikan masa untuk berfikir tentang jawapan mereka ataupun peluang untuk menukar jawapan mereka. Jika tersalah kata walaupun sekali, ia bermaksud gagal.
Model peperiksaan ini sama seperti Perdebatan Pil dalam Persatuan Pakar Perubatan. Ia khas dibuat untuk para guru sarjana kerana ingin mengurangkan masa diperlukan untuk menghabiskan ujian tersebut. Pada masa sama, ia menilai betapa mendalamnya ilmu mereka tentang penjinakan binatang dan juga betapa cepat mereka dapat menggunakan ilmu tersebut.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com