Zhang Xuan mengangguk kepalanya lalu melangkah ke hadapan.
Suara perempuan itu sangat kuat dan telah menarik perhatian ramai orang. Semua orang dengan segera membuka jalan untuknya.
"Dia, dia… Cikgu Zhang?"
Muka Liu Xun terkejut apabila melihat orang muda itu yang dia telah 'tegur' berjalan masuk ke pentas perlawanan.
[Bukan kamu baru sahaja cakap Cikgu Zhang baru sahaja sampai dua puluh tahun?]
[Kenapa pula dia kelihatan begitu muda…]
Lebih penting sekali, melihatkan betapa besarnya perkara ini, dia sepatutnya memakai sesuatu yang lebih rasmi. Namun, dia hanya berpakaian biasa yang tidak berharga 1 syilling emas pun….
[Bukankah kamu terlalu selamba!]
Apabila Liu Xun mengingat kembali bagaimana dia telah menegur orang itu memotong barisan, air matanya hampir mengalir turun daripada pipinya.
Jika dia tidak dibenarkan untuk masuk… apa jenis kelas yang mereka akan dengar? Kelas angin?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com