Selepas berterbangan beberapa meter ke belakang, dia terhempas teruk ke lantai. Impak daripada hempasan tersebut telah mencipta satu kawah besar di lantai.
Di bawahnya, Yuan Tao telah menerima hampir lapan puluh peratus daripada impak tersebut. Walaupun begitu, dia langsung tidak melonggarkan genggamannya walaupun sedikit.
"Apa jenis teknik tinju ini?"
"Adakah dia berhasrat untuk mati? Dia betul-betul akan mati jika ini berterusan…"
"Tidak. Dia mempunyai pertahanan menakjubkan dan dengan kekuatan Cikgu Lu sekarang, ia akan mengambil jangka masa panjang untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman tersebut. Jelas, Zhao Ya dan lain tidak akan memberinya peluang dan masa tersebut."
…
Mulut semua orang mula berkedut apabila melihat betapa kuatnya Yuan Tao mencengkam Cikgu Lu Xun, sehingga tidak bergerak langsung seakan dia tidak takut untuk mati.
Ini cuma perlawanan biasa sahaja, perlukah dia berbuat sehingga sedemikian?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com