Kesunyian.
Seluruh pentas menjadi sunyi.
Semua orang melihat dengan mulut ternganga.
Shen Bi Ru, baru sahaja sebelum ini telah dengan yakin mendakwa Wang Ying akan kalah, berasa seakan mukanya telah ditampar dengan kuat. Mata gelap menawannya seakan ingin melompat keluar.
"Satu tendangan… dia telah menghantar Du Lei berterbangan? Bagaimana… bagaimana dia membezakan Du Lei daripada bayangan klon?
Daripada kelajuan Du Lei itu, pakar pada tahap pertapaan sama pun akan mendapatinya sukar untuk mengenal pasti yang sebenar dengan klon. Namun, dengan satu tendangan, Wang Ying telah menghantar Du Lei berterbangan seakan dia sedang menendang beg pasir.
"Bukan sahaja dia mampu membezakan klon daripada badan sebenar, kelajuan penendangnya semestinya lebih cepat daripada Du Lei. Jika tidak, mustahil untuk dia cederakan Du Lei dengan sekali serangan."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com