"Apa?"
Selepas melihat perkara tersebut, badan Tian Long tiba-tiba menggeletar tanpa kawalan, seakan-akan kepalanya dihentam oleh penukul.
Apa yang Sarjana Yuanyu panggilnya tadi?
Sarjana?
Siapakah Sarjana Yuanyu? Seorang doktor sarjana yang setaraf dengan datuknya, Tetua Tian. Tidak kira ke mana sahaja dia pergi, dia akan dihormati oleh semua orang, malah Maharaja Shen Zhui sendiri perlu melayannya dengan hormat.
Sedangkan seorang genius yang terkenal sepertinya perlu berhati-hati untuk bercakap dengannya kerana takut akan menyinggung perasaannya. Untuk orang seperti ini… bergegas ke arah seorang jauh lebih muda daripadanya dan mengelarnya… sarjana?
Lebih-lebih lagi, kelakuannya seperti baru sahaja telah bertemu dengan idolanya…
Haram jadah, apa sedang berlaku ini?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com