"Apa?"
Selepas mendengar perkataan tersebut, Sun Qiang dan lain yang berasa dalam bilik terus terpaku.
Terutamanya Du Yuan, mukanya terus bertukar menjadi marah.
Walaupun terdapat masalah dengan teknik penumbuk ayahnya, bagaimana mungkin seorang guru sarjana berhati mulia memalukan seseorang dengan begitu senang dengan memanggil mereka binatang?
Ini serangan peribadi!
"Yang shi, walaupun ayah saya telah menyinggung perasaan kamu, tidak perlu untuk kamu menyindir dia sehingga begini…"
Sambil mengetap giginya dengan marah, Du Yuan membalas.
"Menyindir?" Zhang Xuan menggeleng kepalanya. "Tanya ayah kamu saya ini sedang menyindirnya ataupun tidak."
"Ayah…"
Du Yuan berpaling untuk melihat Du Miaoxuan. Dengan sekilas pandang, dia terkejut. Badan ayahnya menggeletar tanpa kawalan, ketenangan dan kemegahan yang dia ada sebentar tadi sudah hilang begitu sahaja.
"Saya merayu Yang shi untuk menyelamatkan saya…"
Putong!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com