Walaupun Peninju 3-Dan ini tidak dikira sebagai pertapaan tahap maju, tahap itu tetap bukan tahap rendah juga. Walaupun dengan usaha satu dekad, Sun Qiang masih tidak dapat mencapai kemajuan, kesusahannya jelas dilihat.
Asalnya, Sun Qiang ingat dia akan mengambil sekurang-kurangnnya separuh hari ataupun sehari penuh untuk berjaya. Namun, tuannya cakap… perlukan beberapa minit sahaja?
Abang, kamu ingat ini makan minum ke?
Sun Qiang berasa segala yang dia tahu tentang dunia ini hancur begitu sahaja dan dia seakan menunggu masa untuk naik gila sahaja.
Masa itu tidak cukup untuk zhenqi mengalir melalui seluruh badannya!
"Kenapa? Kamu tidak ingin mencapai kemajuan?" Melihat keraguan Sun Qiang itu, muka Zhang Xuan berkerut.
"Bukan, itu bukan sebabnya… tuan, apa perlu saya buat..."
Menahan kecurigaannya, Sun Qiang menjawab dengan cepat.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com