webnovel

Tidak Dapat Dilucutkan

Editor: EndlessFantasy Translation

"'Selamatkan saya? Tidak dapat mengawal kekuatannya?"

"Berasaskan perkataan wangye muda, kekuatan cikgu Zhang Xuan ini jauh hebat berbanding tetua Shang Chen? Bagaimana… ini mungkin?"

Tanpa mengambil masa lama, kebanyakan hadirin dan hadiran telah memahami apa telah berlaku.

Terutamanya Shang Bin dan Cao Xiong. Mereka berdua baru sahaja telah mendakwa Zhang Xuan itu lemah dan Wang Tao menipu. Kedua-dua mereka tidak dapat percayai apa sedang dilihat mereka.

Dalam peperiksaan sebelum ini, Zhang Xuan disahkan hanya pada peringkat alam Zhenqi puncak. Ini sesuatu yang diketahui oleh semua di akademi ini, tambahan pula, tidak ada berita sejak itu tentangnya mencapai kemajuan dalam pertapaannya. Jika begitu, bagaimana mungkin dia lebih kuat daripada wangye muda Bai? Tambahan pula, berasaskan perkataannya, tetua Shang Chen sendiri tidak setandingnya.

Ia mungkin pelik dan sukar dipercayai, namun tidak ada seorang pun ingat Bai Xun sedang menipu.

Semua orang tahu bukan sahaja wangye muda Bai amat berbakat, dia juga suka bertanding dan bertempur dengan orang! Dia akan berasa tidak selesa jika dia tidak bertempur beberapa kali setiap hari! Memandangkan dia menyanjungi Zhang Xuan, adakah dia betul-betul sekuat yang diperkatakan?

Pada saat ini, mata setiap orang di bilik tersebut terbuka besar melihat orang yang dikenali sebagai sampah sebelum ini.

Langsung tidak ada apa-apa pun yang manakjubkan tentangnya, kecuali kulitnya yang licin dan putih seakan dia lebih muda daripada usianya. Namun, bagaimana mungkin dia seorang pakar?

"Batuk, batuk!"

Melihat muka sangsi khalayak ramai, Zhang Xuan hanya mampu menggeleng kepalanya.

Kemungkinan besar dia tidak akan dapat menyembunyi kekuatan sebenarnya lagi.

Namun… selepas mendapat tempat terakhir dalam Peperiksaan kelayakan Guru selaku Peninju 3-Dan alam Zhenqi, untuk bertukar menjadi pakar alam Pixue dalam sekelip mata… tidak ada orang akan percayainya!

"Susahnya untuk tidak menarik perhatian?".

Zhang Xuan mula berasa kepala sakit.

Dia ingin menyembunyikan kekuatannya dan tidak menarik perhatian terhadap dirinya supaya dia boleh dengan diam berlatih dalam bayangan. Asalnya, dia ingat Bai Xun langsung tidak terlibat dengan akademi ini langsung. Oleh itu, tidak ada sebab untuk menyembunyikan kekuatannya daripada dia. Namun, tidak dalam jangkaannya, dalam jangka masa satu malam, orang ini akan meluru ke sini pula…..

Selepas berbuat demikian, ia mustahil untuk dia menyembunyikan kekuatannya lagi walaupun jika dia mahu.

Malang sungguh!

Sejurus sahaja dia bingung kerana situasi ini, dia nampak muka wangye muda Bai Xun di depannnya dengan penuh teruja.

"Hehe, Sarjana Zhang, Atuk Zhang, saya selesaikan masalah ini dengan baik tak?"

Namun, dia tidak dapat menyalahkan Bai Xun bertindak demikian juga. Sarjana Lu Chen telah menyatakan dengan jelas mereka ini lulus atau gagal ujiannya bergantung kepada Zhang Xuan. Tidak hairan dia akan datang ke sini dan cuba meriangkan hatinya.

Inilah sebab utama dia bangun awal dan selepas mendapat tahu Zhang Xuan di sini, terus meluru ke sini dengan orang suruhannya.

"Masih boleh diterima!"

Memandang dia telah melakukannya, Zhang Xuan hanya mampu memperakuinya. Oleh itu, dia hanya mengangguk kepalanya.

"Cikgu Zhang, tolong menerima saya sebagai anak murid kamu…"

Selepas mengetahui kekuatan Zhang Xuan jauh melepasi alam Zhenqi, Ketua Suku Wang Hong tidak beragu-ragu lagi. Dia memberi isyarat kepada Wang Tao dengan pandangannya. Wang Tao dengan segera melangkah ke hadapan dan bersujud di depannya.

"Memperakui Sarjana Zhang selaku guru kamu, kamu ingat kamu siapa? Saya sendiri belum sempat memperakuinya lagi, kamu pula mahu bertanding dengan saya? Bagaimana jika kita bertempur sedikit?"

Sebelum Zhang Xuan sempat bercakap, wangye muda Bai menjeling Wang Tao.

"Saya tidak berani…"

Wang Tao terkejut.

Walaupun Bai Xun seusianya, kekuatannya telah mencapai peninju 5-Dan puncak. Memandang dia beberapa kali ganda lebih kuat daripadanya, jika dia bertempur dengannya… adakah dia ingin menggali kubur sendiri?

"Baiklah, Wang Tao, kamu boleh dengar dari penjuru kelas esok. Jika kamu berbuat dengan baik, saya boleh mempertimbangkan untuk menerima kamu selaku anak murid saya!"

Kerana takut wangye muda Bai akan membuat hal sekali lagi dan belasah Wang Tao sehingga penjuru nyawanya, Zhang Xuan dengan segera mencelah.

"Terima kasih cikgu Zhang!" Ketua Suku Wang Hong mengeluh dengan puas dan dengan segera berterima kasih kepadanya.

Wang Tao belum lagi menjadi anak murid Zhang Xuan, namun dari situasinya sekarang, hanya dengan cara ini dia mampu menyelesaikan masalah ini. Lagipun, siapa yang dia boleh mempersalahkan atas tindak laku anaknya, meluru masuk ke bilik darjah dan mengancam untuk membunuh cikgu tersebut… Tidak ada cikgu akan menerima murid tersebut selepas melalui situasi itu!

Namun, walaupun dia hanya mendengar dari tepi kelas sekarang, selagi dia mendapatkan keputusan baik, sudah tentu dia akan menjadi anak muridnya selepas sekian lama.

"Mendengar dari tepi kelas…"

Tetua Shang Chen hampir menangis di situ juga.

Dia seorang tetua akademi, tambahan pula ketua Biro Pendidikan. Biasanya, dia yang memilih pelajar daripada semua. Ia sesuatu jika seorang itu menarik diri daripada perguruannya untuk memperakui seorang guru lain… Namun, dia menarik diri daripada kelasnya hanya untuk mendengar dari tepi kelas guru lain!

Lebih-lebih lagi, guru tersampah di akademi…

Tetua Shang Chen berasa seakan mukanya yang uzur sedang dipijak bertalu-talu, tidak ada sebarang cebisan maruahnya yang tinggal.

Maruahnya telah terhumban sehingga rumah mak ciknya… kenapa bukan neneknya? Kerana ia sudah jauh melepasinya..

"Sarjana Zhang, ada tak benda lain yang perlu diuruskan oleh saya? Jika demikian, saya dengan sudi menolong. Memandang selepas ini saya ingin meminta jasa baik cikgu untuk mengajar saya lukisan…" Bai Xun berpaling ke belakang melihat Cikgu Zhang Xuan.

"Masih ada sesuatu saya perlu uruskan!" Zhang Xuan berpaling ke belakang dan melihat Shang Chen, "Tetua Shang, keputusan Ujian Pencerahan Niat telah jelas terpapar. Belum tiba masanya lagi ke untuk melaksanakan hukuman yang dipersetujui kita sebelum ini?"

Sebab dia datang ke sini kerana Ujian Pencerahan Niat. Selepas ujian tersebut berakhir, banyak perkara telah berlaku, namun sekarang sudah tiba masanya untuk melaksanakan hukuman tersebut.

"Zhang Xuan, kamu tidak perlu begitu gembira tentangnnya! Walaupun saya kalah dalam Ujian Pencerahan Niat, paling teruk pun, saya hanya akan dikenakan seratus sebatan Rotan Pemusnah Dewan. Kamu tidak ada kuasa untuk melucutkan lesen perguruan saya!"

Menyedari dia sekarang tidak dapat lagi melepaskan diri daripada kesemua hukuman tersebut, Cao Xiong memilih untuk berdepan dengan hukuman tersebut dan melangkah ke hadapan dengan angkuh.

"Tidak berkemampuan?" Zhang Xuan berkedut.

"Memang. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan rekod saya dan saya juga tidak pernah mengajar anak murid saya sehingga hilang kawalan pertapaan mereka. Walaupun keputusan Peperiksaan Kelayakan Guru saya biasa sahaja, ia tetap keputusan lulus. Untuk melucutkan lesen perguruan saya hanya kerana taruhan ini, Persatuan Guru pun tidak mempunyai kebolehan sebegini!"

Cao Xiong berteriak dengan bangga.

"Adakah ini benar?" Zhang Xuan memandang tetua Mo untuk penjelasan kerana kurang arif tentang kesemua peraturan yang terlibat.

Dia tetua daripada Persatuan Guru, oleh itu dia patut tahu tentang perkara ini.

"Apa dikatakannya benar." Tetua Mo mengangguk kepalanya. "Lesen perguruan dikeluarkan selepas melalui ramai proses pengesahan daripada Persatuan Guru. Jika orang tersebut tidak mempunyai rekod buruk, ia akan susah untuk melucutkan lesennya…"

"Betul ke…" Zhang Xuan sambung berkerut.

Dia teringat mereka yang berada di industri pendidikan dalam hidup lepasnya. Di situ, walaupun guru tersebut langsung tidak memadai dalam kerjanya, sekolah tidak mempunyai hak untuk memecat mereka. Kementerian Pendidikan juga tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian kecuali mereka telah melakukan sesuatu yang jelas salah selaku seorang guru.

Nampaknya ia tidak jauh berbeza daripada dunia ini juga.

"Jika demikian, kenapa kamu tidak berkata demikian semasa membuat taruhan…" Zhang Xuan tidak dapat menahan persoalannya.

Sebelum ini, semasa dia meningkatkan hukuman, dia ingat ia mungkin untuk lesen perguruannya untuk dilucutkan, oleh itu dia dengan sengaja menaikkan isu tersebut. Jika dia tahu dengan awal ia mustahil, dia sudah tentu akan biarkan hukuman membuang daripada akademi sahaja.

"Batuk, batuk, saya ingat…kamu akan kalah!" Tetua Mo berkata dengan kekok.

Bukan sahaja Zhang Xuan mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, dia juga membuat pertapaan anak muridnya untuk hilang kawalan. Jika seorang melaporkan ini ke Persatuan guru, ia mungkin untuk melucutkan lesennya.

Kerana Tetua Mo ingat Zhang Xuan mesti akan kalah, dia tidak terfikir untuk menjelaskan situasi tersebut. Dia tidak menjangkakan Cao Xiong untuk kalah dengan begitu teruk kepadanya.

"Ia mustahil untuk memenuhi perjanjian taruhan tersebut, kecuali…." Tetua Mo bercakap tetapi beragu-ragu di tengah perkataannya.

"Kecuali apa?"

"Kecuali…Jika seorang Guru Sarjana ataupun Guru Sarjana Madya sendiri melaporkan dia tidak layak menjadi seorang guru. Jika testimoni itu dilaporkan ke Persatuan guru…" Tetua Mo berkata.

"Guru Sarjana? Guru Sarjana Madya? Di mana saya boleh berjumpa dengan mereka…" Zhang Xuan menggeleng kepalanya. Tidak kira mereka Guru Sarjana ataupun Guru Sarjana Madya, mereka semua berpangkat tinggi dalam lingkungan pelajaran, oleh itu, bagaimana mungkin dia berkenalan dengan mereka? Tambahan pula, jika dia kenal seorang daripada mereka pun, ia mustahil untuk mereka membuang masa dengan taruhan kecil sebegini! Zhang Xuan berkedut.

TIba-tiba, guru bertugas, cikgu Zhou, melangkah masuk ke bilik sekali lagi dan memberi tabik hormat. Suaranya mula bergema melangkaui bilik.

"Cikgu Shang Chen, terdapat seorang perempuan di luar yang memperkenalkan dirinya sebagai Huang Yu dan dia ingin berjumpa dengan cikgu Zhang Xuan!"

Next chapter