webnovel

Kasihani Saya Kakak!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Zhang Xuan…."

Shen Bi Ru cuba melepasi Shang Bin yang menghalangnya, namun dia ditolak balik setiap kali dia mencubanya.

Pertapaan Shang Bin setaraf dengannya. Walaupun dia manja disebabkan pengaruh atuknya, kekuatannya sesuatu yang benar. Walaupun dia mempunyai kemahiran dan kekuatan untuk mengalahkan Shang Bin, dia tetap tidak dapat melepasi halangannya dalam jangka masa pendek ini, lebih-lebih lagi apabila Shang Bin menumpukan perhatian sepenuhnya dalam teknik pertahanan sahaja!

"Sayalah yang akan mencederakan kamu….."

Melihat bagaimana dia tidak dapat menyelamatkan Zhang Xuan, Shen Bi Ru berasa bersalah.

Pada pendapatnya, dialah penyebab Shang Bin berdendam dengan Zhang Xuan, seorang yang mendapat tempat terakhir di Peperiksaan Kelayakan Guru!

Kalau tidak, tiada sebab untuk seorang yang terkenal dan berpengaruh akan berdendam dengan sampah terkenal di akademi yang tiada kena-mengena dengannya.

Namun, atas segala yang Zhang Xuan lalui disebabkan oleh dia, dia masih tidak dapat menyelamatkannya. Rasa serba salah yang dirasainya semakin menyeksanya lebih dalam!

"Kenapa tidak ada pergerakan? Mungkinkah Zhang Xuan sudah mati?"

Dia semakin panik membuatkan lebih susah untuk melepaskan diri daripada Shang Bin. Dia tidak dapat melihat Zhang Xuan kerana Shang Bin menghalang penglihatannya. Dia tidak sebarang bunyi seakan-akan tiada serangan balas selepas diserang oleh Singa Penghancur Langit.

Hanya satu kemungkinan sahaja….Sebelum Zhang Xuan dapat bertindak, dia telah mati dibelasah Singa Penghancur Langit!

Dia sendiri pun tidak mampu tahan sebarang serangan daripada seekor haiwan buas tahap 6 yang setaraf Peninju 6-Dan alam Pixue.

"Hahaha, dia sudah mati. Sudah terlambat untuk kamu berbuat apa-apa lagi…"

Mata Shang Bin mula berkelip apabila tidak terdengar bunyi dari belakangnya. Dia tahu sampah tersebut tidak akan mampu menangkis serangan daripada Singa Penghancur Langit. Dia ketawa sepuas-puasnya. Memandangkan Zhang Xuan telah diselesaikan, dia berhenti menghalang Shen Bi Ru

"Zhang Xuan…."

Saat Shang Bin memberi laluan, Shen Bi Ru tidak menghabiskan masa dan terus bergegas ke hadapan. Dia diam terpaku selepas menyaksikan apa yang berlaku kerana menjangkakan akan melihat mayat seseorang mati berlimpangan darah.

"Ini….ini….apa yang sedang berlaku?"

Asalnya, Shang Bin ingat bidadarinya akan menangis seakan air terjun sejurus sahaja melihat mayat Zhang Xuan. Namun, selepas melihat ekspresi mukanya, Shang Bin dengan cepat berpaling belakang. Dengan sekilas pandang, dia membuntangkan matanya dan hampir pengsan kerana terkejut.

Dia mengjangkakan Singa Penghancur Langit yang megah dan yang meluru ke arah Zhang Xuan tadi untuk membunuhnya sedang duduk di depan Zhang Xuan sambil menjilat jarinya.

Tangan Zhang Xuan satu lagi pula sedang mengusap kepala dan telinga Singa Penghancur Langit dan muka Singa Penghancur Langit menunjukkan kepuasan .

"Haram jadah. Apa yang berlaku?"

Shang Bin hampir menangis.

Singa Penghancur Langit merupakan haiwan peliharaan atuknya dan merupakan binatang yang amat bangga. Jika Shang Bin menyentuhnya pun akan membuat Singa Penghancur Langit marah, apatah lagi mengusap kepalanya!

Selepas diberikan kepadanya, dia telah menghabiskan separuh hari memberinya makan pelbagai hidangan sedap. Namun, Singa Penghacur Langit ini tidak menunjukkan sedikit pun rasa berterima kasih malah membuat seakan dia tidak wujud…. Binatang sombong sebegini, menjadi manja apabila dengan Zhang Xuan?

Kamu di sini untuk membunuhnya! Kenapa kamu duduk dan menjilat jarinya?

Shang Bin berasa pening, seakan dia mula hilang akalnya.

"Singa Penghancur Langit, apa kamu sedang buat itu? Cepat bunuh dia!"

Dia menengking.

Singa Penghancur Langit tidak mengendahkan dia. Dia terus bermanja di depan Zhang Xuan sambil membenarkan Zhang Xuan untuk mengusap kepalanya.

"Kamu…Cepat bunuh dia! Saya akan beli kamu apa sahaja kamu mahu makan pada masa hadapan…" Shang Bin menengking.

"Bisingnya, boleh kamu diamkan dia?"

Zhang Xuan yang sedang mengusap kepala Singa Penghancur Langit berdiri dan melambaikan tangan dia.

Roarr!

Singa Penghancur Langit berdiri dan menjeling Shang Bin dengan ganas.

"Apa yang kamu nak buat?"

Shang Bin mula berundur beberapa langkah kerana rasa takut mulai meresap ke tubuhnya.

Namun, sebelum dia mampu berundur jauh, Singa Penghancur Langit sudah meluru ke hadapan dan menyepaknya Shang Bin dengan mudah.

Peng!

Sebelum Shang Bin sempat bertindak, dia sudah merlayang ke belakang seakan layang-layang yang terputus tali. Kepalanya terhempas pada pokok besar dan darah mengalir dar mukanya.

"Apa yang telah berlaku….kamu haiwan peliharaan atuk saya….."

Shang Bin mula menangis.

Singa Penghancur Langit merupakan haiwan peliharaan atuknya yang diberikan kepadanya untuk melindungi dia. Logiknya, ia patut mendengar arahannya untuk menangani orang lain. Namun, kenapa dia mendengar arahan orang lain untuk menyerang dia?

Peng!

Sebelum dia sempat habis menangis, seorang lagi terhempas di depannya. Orang tersebut adalah Cao Xiong.

Apabila dia menyedari keadaan mula hilang kawalan, dia dengan segera cuba melarikan diri. Namun, bagaimana mungkin dia dapat melepaskan diri dari Singa Penghancur Langit, binatang buas bertahap 6? Dia juga terlayang ke belakang dengan sepakannya.

Roar!

Selepas menyepak kedua-dua mereka ke belakang, Singa Penghancur Langit buat muka bangga. Ia berjalan ke arah Zhang Xuan mengharapkan kepujian oleh Zhang Xuan kerana telah berjasa kepadanya.

"Un, hebat sekali!"

Zhang Xuan mengusap kepalanya!

Roar!

Singa Penghancur Langit mengangguk kepalanya. Dia kemudian berjalan dengan megah ke arah dua orang yang terlena di lantai dan melihat mereka seakan anjing penjaga.

"…."

Shang Bin dan Cao Xiong yang berkomplot untuk melarikan diri tiba-tiba dibelenggui ketakutan.

"Zhang Xuan….Kamu….Apa yang kamu telah buat?"

Melihat semua tersebut berlaku dari mula hingga akhir, Shen Bi Ru akhirnya pulih dari kejutannya dan memandangnya dengan curiga.

"Bagaimana saya berbuat demikian?" Zhang Xuan mengaru kepalanya. "Sangat senang untuk bercakap dengan Singa Penghancur Langit ini. Mungkin saya cuma lebih tampan daripada kamu!"

"Tampan?"

Badan langsing Shen Bi Ru mula menggeletar.

Singa Penghancur Langit merupakan haiwan yang buas. Tampan atau cantik hanya sesuai apabila berdepan dengan Singa Penghancur Langit jantan. Apa kena-mengena tampan dengan semua ini?

Lagipun, jika bercakap tentang kacak, Shang Bin lebih tampan daripada kamu….

"Baiklah! Saya meminta diri dulu!" Zhang Xuan tidak mahu menjelaskan dirinya lalu bergegas pergi.

Memandangkan Perpustakaan Jalan Syurga dapat merumuskan segala kelemahan dan kebolehan manusia, ia juga boleh merumuskan segala kelemahan dan kebolehan Singa Penghancur Langit.

Walaupun pada asalnya Singa Penghancur Langit kelihatan amat berkuasa, sebenarnya, dia juga mempunyai beberapa trauma yang tidak diketahui ramai. Jika tidak, bagaimana mungkin dia boleh dengan rela berkhidmat untuk tetua Shang Chen sebagai haiwan peliharaannya.

Perpustakaan Jalan Syurga telah dapat mengenal pasti trauma tersebut. Zhang Xuan sekadar menggunakan informasi yang diketahuinya untuk menyelesaikan beberapa masalah untuknya. Akibatnya, Singa Penghancur Langit memilih untuk mengikutinya tanpa sebarang keraguan.

Kalau nak dibandingkan dengan perjanjian Shang Bin, makanan dan pil yang sedap tidak setaraf dengan penyelesaian trauma yang dihadapinya.

Sememangnya, ini akan mendedahkan rahsia sebenarnya, dia tidak boleh mendedahkan kebenaran kepada Shen Bi Ru.

"Kamu…. Jangan kamu pergi lagi! Jelaskan dahulu kenapa Singa Penghancur Langit mengikuti arahan kamu…"

Melihatnya bergegas, Shen Bi Ru mengejarnya.

Lebih lama dia bercakap dan bersama orang ini, lebih hebat dia mendapati orang ini. Dia seorang yang misteri dan semakin lama dia bersamanya, semakin sukar dia memahaminya.

Untuk boleh membaca banyak buku dengan hanya mengimbas melaluinya, untuk sengaja mendapat kosong markah dalam Peperiksaaan kelayakan Guru walaupun mengetahui jawapan kepada semua soalannya, untuk mengenal pasti perbezaan antara hidangan betul dan tiruan selaku seorang gourmet dan sekarang berjaya menjinakkan seekor binatang buas bertahap 6 untuk mengikuti arahannya…

Apa yang dahulunya ini mustahil kepada semua orang tetapi dengan senang dicapai oleh orang ini, membuat semua orang terpegun!

Bagaimana mungkin dia mencapai semua ini?

Shen Bi Ru menjadi semakin curiga terhadap orang ini.

"Kakak!"

Tanpa menyedari perkara yang difikirkanya, apabila dia menyedari Shen Bi Ru sedang mengejarnya, Zhang Xuan berhenti dan berkata, "Saya masih mahu hidup lama lagi. Saya takut akan menjumpai ajal saya kalau saya sentiasa bersebelahan kamu! Kasihanilah saya kakak…."

"Kakak? Kamulah kakak! Seluruh keluarga kamu kakak!"

Muka Shen Bi Ru bertukar menjadi merah.

Dia seorang jelitawan. Walaupun dia sedikit lebih tua daripada Zhang Xuan, mukanya hanya kelihatan seakan seorang tujuh belas ataupun lapan belas tahun. Namun, orang ini memanggilnya kakak membuatkan dia naik marah.

"Baiklah, saya ini kakak. Oleh itu, biar saya pergi sahaja!"

Zhang Xuan menggeleng kepalanya.

"Pft!"

Selepas mendengar Zhang Xuan mengaku dirinya kakak, Shen Bi Ru ketawa dan berkata, "Baiklah, kamu boleh pergi. Saya akan cari kamu esok!"

"...."

Zhan Xuan tidak tahu apa yang patut dikatakan.

Next chapter