webnovel

Adakah Kamu Terencat Akal!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Un?"

Shen Bi Ru juga berada di Pavillion Kompendium dan turut mendengari suara tapak kaki serta helaian muka surat diimbas sepanjang masa dia berada dalam pavilion tersebut. Asalnya, dia tidak terfikir perkara tersebut sesuatu yang pelik tetapi selepas seketika masa, dia mula berasa seakan sesuatu tidak betul.

Seorang perlu membaca buku tersebut dengan teliti untuk memahami isi kandungannya. Bagaimana mungkin untuk seseorang memahaminya jikalau dia mengimbas melalui setiap buku dengan kelajuan sebegitu?

Dengan rasa bingung, dia tidak dapat menahan curigannya lalu berjalan ke arah bunyi tersebut untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Sampai sahaja ke sumber bunyi tersebut, dia ternampak Zhang Xuan sedang mengimbas melalui semua buku di rak buku pertama. Jelas Zhang Xuan tidak membaca isi kandungan buku tersebut tetapi sekadar mencari sesuatu!

"Adakah ini sebabnya Tetua Mo menghalang dia masuk tadi?"

Selepas mengintipnya untuk seketika, dia perasan Zhang Xuan tidak mempunyai niat untuk berhenti.Hati Shen Bi Ri berdegup kencang.

Sebelum ini, sebab dia menolongnya selepas melihat jurang perbezaan antara Zhang Xuan sekarang dan Zhang Xuan yang dahulu ialah kerana keinginanya bekerja dengan keras supaya dia dapat membebaskan dirinya daripada situasinya yang kekok sekarang.

Namun, dia tidak tersangka dia berada di sini bukan untuk belajar tetapi sekadar untuk mencari sesuatu!

Ini merupakan Pavillion Kompendium. Setiap hari, guru dari setiap pelosok akademi akan datang ke sini, oleh itu, mustahil untuk sesuatu berharga tersembunyi di sini. Mengimbas melalui semua buku sebegini boleh dikatakan satu kesalahan terhadap Pavillion Kompendium ini.

Ini sangat teruk!

"Mungkin…kerana dia tahu saya akan datang ke Pavillion Kompendium pada hari ini, dia dengan sengaja menunggu di luar untuk saya datang dan kemudiannya masuk untuk membuat hal dengan harapan menarik perhatian saya….hmph, ini hanya akan membuatkan saya lebih marah!"

Persepsi Shen Bi Ru terhadap Zhang Xuan hancur bagaikan kaca terhempas ke lantai.

Disebabkan kecantikannya, ramai orang telah mencuba pelbagai cara untuk berbaik dengannya dan juga untuk menarik perhatiannya. Dalam pendapatnya, Zhang Xuan tidak di sini untuk membaca buku tetapi sekadar membuat seakan dia membaca supaya dia menukar pendapatnya terhadap dia.

Secara jujurnya, dia benci apabila orang membuat drama sebegini.

Selepas mengintip untuk seketika lagi, dia mengesahkan pendapatnya.

Jika dia betul-betul di sini untuk mencari sesuatu, apakah mungkin dia sedang mencari yang mungkin merangkumi semua badan ilmiah? Lebih-lebih lagi, dengan kelajuan dia mengimbas kesemua buku tersebut, nama kitab pun dia tidak mungkin dapat mengenal pasti, tidak perlulah dikatakan jikalau dia memahami kandungannya.

"Hmph!"

Dengan ekspresi marah pada mukanya yang jelita, dia berjalan ke arah Zhang Xuan. "Cikgu Zhang, apa yang kamu sedang lakukan!"

"Membaca buku!"

Zhang Xuan tidak perasan kelakuannya telah ditafsirkan sebagai 'membuat tayangan' lalu menjawab dengan biasa tanpa melihat Shen Bi Ru.

"Membaca buku? Hmph!" Shen Bi Ru mendengus dingin. Kemarahannya jelas tampak daripada mukanya yang cantik itu, "Kalau kamu ingat aksi kamu tersebut nampak segam dan akan menarik perhatian saya, jangan bermimpi. Saya, Shen Bi Ru, tidak akan terpedaya dengan aksi tersebut. Lebih-lebih lagi, tindakan kamu hanya akan membuat saya lebih marah!"

"Oh! Baiklah!"

Zhang Xuan sambung mengimbas melalui bukunya.

Dia berniat untuk merumuskan semua kitab di Pavillion Kompendium ke dalam Perpustakaan Jalan Syurga sebelum akhirnya hari ini juga. Oleh itu, dia sedikit kesempitan masa dan tidak ada masa terluang untuk bercakap dengan Shen Bi Ru. Tambahan pula, pada pendapatnya, Shen Bi Ru terlalu mementingkan diri sendiri. Apakah haknya untuk mencampur tangan dalam urusannya?

Walaupun kamu seorang jelitawan, ia bukan seperti saya tidak pernah berjumpa dengan orang yang secantik kamu. Dalam hidup saya yang lepas, di era teknologi informasi, terdapat pelbagai jelitawan yang boleh didapati di dalam cakera padat. Mereka tersebut lebih mahir dalam menggoda, mengusik, menari dan bernyanyi… jelitawan angkuh seperti kamu tidak menarik minat saya!

Saya tidak ada masa untuk mengurat kamu.

"Kalau kamu faham, tolong tinggalkan Perpustakaan Kompendium. Jangan membuang masa kamu di sini lagi!" Melihat bagaimana orang ini masih menumpukan perhatiannya dalam pengimbasan buku-buku di depannya, masih membuat tayangan, Shen Bi Ru berpaling dan melambaikan tangannya memberitahunya untuk bergegas keluar.

Deng deng deng deng!

Kedengaran suara tapak kaki Zhang Xuan bergegas.

"Inilah baru betul…."

Melihat bagaimana dia menyerah begitu sahaja, Shen Bi Ru mengangguk kepalanya dengan puas. Sejurus sahaja dia ingin sambung membaca bukunya, dia kedengaran semula bunyi helaian muka surat diimbas menyelebungi perpustakaan tersebut semula.

Hualala! Hualala!

Berpaling semula ke belakang untuk melihat, dia perasan orang ini tidak ada niat untuk henti.

"Kamu…."

Shen Bi Ru hampir meletup dengan kemarahannya.

Kamu dah habis atau belum?

Saya sudah memberitahu kamu perbuatan sebegini hanya akan membuat saya marah, namun kamu tetap degil. Ada sebab ke kamu buat sedemikian?

Pada saat ini, badannya yang langsing menegak sambil berjalan ke arah Zhang Xuan, kebencian jelas terlihat dalam matanya yang hitam gelap. "Kamu tidak mendengar apa yang saya cakap? Lebih kerap kamu bertindak sedemikian, lebih kerap saya akan benci terhadap kamu! Kamu tidak akan dapat menarik perhatian saya dengan cara ini!"

"Adakah kamu terencat akal?"

Melihatnya datang ke sini untuk menganggunya sekali lagi, Zhang Xuan sendiri berasa ia mengjengkelkan. Dia berhenti mengimbas buku untuk seketika dan berkata, "Kamu baca buku kamu, saya akan baca buku saya. Jika kamu bosan, boleh kamu duduk di sana sambil melukis bulatan di pasir. Jangan ganggu saya!"

Bukan seakan saya tidak pernah berjumpa dengan perempuan cantik dalam hidup saya, kamu ini berlagak sangat kenapa!

"Kamu…."

Dia tidak menjangkakan Zhang Xuan akan bercakap seperti ini. Penglihatannya mulai kabur dan dia hampir mati oleh kerana sangat marah.

Siapakah dia?

Jelitawan no.1 Akademi Hongtian. Diberkati dengan bakat dan juga kecantikan, hampir semua guru dan pelajar di akademi ini menganggapnya sebagai bidadari. Di depannya, semua orang akan berkelakuan baik sampai tidak berani meninggikan suara kerana takut membuatnya marah.

Namun, kamu berani cakap …. Saya ini terencat akal?

Sehinggakan menyuruh saya duduk di tepi dan melukis bulatan di pasir?

Saya ini perempuan! Lukis bulat, lukislah kepala mak kamu yang gemuk tu!

Shen Bi Ru berasa seakan ada sesuatu berat didalam dadanya yang tidak dapat dilepaskannya.

Hualala! Hualala!

Mukanya bertukar menjadi merah daripada kemarahannya. Dia baru sahaja ingin memarahi Zhang Xuan apabila dia perasan Zhang Xuan telah sambung mengimbas melalui bukunya sejurus sahaja selepas mengatakan apa yang dikatakannya tanpa membuang masa melihatnya.

"Baiklah, baikah! Kamu boleh sambung berkelakuan sebegini! Lihatlah bagaimana saya akan mendedahkan niat sebenar kamu nanti!"

Shen Bi Ru menetap giginya lalu menghentam kakinya ke lantai.

Inilah kali pertama seorang lelaki telah bercakap dengannya sedemikian!

Baiklah, kamu ini sekadar membuat tayangan mengimbas melalui semua buku tersebut sekarang? Mari kita melihat betapa lama kamu boleh sambung berbuat demikian. Apabila kamu tidak dapat sambung lagi, saya akan mendedahkan kegiatan kamu dan memalukan kamu di khayalak ramai!

Selepas itu, Shen Bi Ru tidak lagi mengendahkan Zhang Xuan, sebaliknya, dia berjalan balik ke kitabnya dengan marah lalu mengambilnya ke penjuru bilik untuk menyalinnya.

Asalnya, anginnya agak baik hari ini dan dia berniat untuk meluangkan masa belajar supaya dapat meluaskan ilmunya. Namun, tidak dapat dia menjangkakan dia akan bertemu dengan orang bebal ini.

Sambil menyalin kitab tersebut, dia mencuri pandangan terhadap Zhang Xuan.

Zhang Xuan masih mengimbas melalui semua buku tersebut dengan kelajuan yang sama seakan-akan terdesak untuk mengimbas melalui semua buku di Pavillion Kompendium.

"Hmph! Mari melihat betapa lama kamu boleh sambung berlakon seperti itu!"

Selepas dimarahi Zhang Xuan, Shen Bi Ru tidak dapat lagi menahan ketenangannya dan berniat untuk membuatnya susah untuk Zhang Xuan nanti. Sambil dia menyalin nota, dia menunggu masa untuk Zhang Xuan berhenti berkelakuan pelik.

Namun, apa yang membuatnya bingung adalah Zhang Xuan mengulangi perbuatannya dengan kelajuan yang sama tanpa henti. Daripada rak buku pertama ke rak terakhir, dari buku ke buku dan dari tengah hari ke malam tanpa pun membuang sesaat untuk berehat!

Sudahpun hampir enam ke tujuh jam tetapi orang ini tetap sambung dengan telatahnya tanpa berhenti. Pada saat ini, Shen Bi Ru pun tidak dapat memahami apa yang sedang berlaku.

Kalau niatnya ialah untuk menarik perhatiannya, dia telah dengan jelas memberitahunya dia benci kelakuan sebegitu, oleh itu dia sepatutnya telah henti pada masa tersebut. Kalau begitu, kenapa dia masih sambung mengimbas melalui semua buku seperti ini? Lebih-lebih lagi untuk masa sepanjang ini?

"Mungkinkah kepalanya sedang terganggu? Mungkin pertapaannya telah hilang kawalan dan dia sudah tidak siuman?"

Tiba-tiba, dia mendapat sesebuat pendapat.

Dia pernah dengar apabila pertapaan seseorang hilang kawalan, dia akan mula buat banyak perkara aneh. Mungkinkah aksi mengimbas melalui semua buku tanpa henti ini merupakan perkara aneh tersebut?

Dia melihat Zhang Xuan dengan muka bingung dan berfikir Zhang Xuan sudah naik gila, dia perasan Zhang Xuan telah menghentikan kelakuannya selepas mengimbas melalui buku di rak terakhir.

"Banyaknya ilmu!"

Selepas usahanya selama enam ke tujuh jam berturut-turut, dia akhirnya berjaya merumuskan semua buku di Pavillion Kompendium Guru Akademi Hongtian ke dalam Perpustakaan Jalan Syurga di dalam kepalanya.

Melalui rumusan kelebihan dan kelemahan setiap buku oleh Perpustakaan Jalan Syurga, dia telah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam terhadap teknik pertapaan, teknik tinju, pil, pembuatan senjata, formasi dan sebagainya.

"Dengan Badan Yin Tulen Zhao Ya, dia patut mengikuti pertapaan yang diajar oleh kitab ini. Namun, sebelum itu, saya perlu membuat sedikit persediaan dahulu…"

Selepas merumuskan seluruh Pavillion Kompendium, dia akhirnya faham dan mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah Zhao Ya. Dia tidak dapat menahan rasa leganya. Dia juga telah mengenal pasti masalah dalam pertapaannya 3-Dan lepas. Selagi dia dapat mencari masa untuk bertapa semula melauinya, dia boleh membetulkan dan menyempurnakan mereka.

"Gugugu!"

Apabila dia akhirnya habis, dia kedengaran perutnya mengaum. Selepas bekerja untuk masa begitu panjang, dia akhirnya mula berasa lapar.

Sambil menggeleng kepalanya, dia bergegas keluar dari Pavillion Kompendium. Namun, sebaik sahaja dia mengambil beberapa langkah, dia melihat Shen Bi Ru berdiri di hadapannya sambil melihatnya dengan pandangan yang tajam.

Tidak disangkakan perempuan ini masih akan berada di sini selepas enam ke tujuh jam. Tanpa menghiraukan orang yang mementingkan diri sendiri ini, Zhang Xuan berjalan menuju pintu keluar Pavillion Kompendium.

"Berhenti!"

Sejurus sahaja dia menjejak selangkah keluar Pavillion Kompendium, dia terdengar Tetua Mo meraung padanya.

Pada saat ini, Muka tetua Mo berubah kerana terlampau marah, akan meletup pada bila bila masa sahaja.

Dia telah bersabar dengan orang ini sejak sekian lama!

Pada masa ini, hanya satu pendapat sahaja yang berada di kepalanya. Pembuat hal, pembuat hal, pembuat hal dan pembuat hal!

"Tetua Mo!"

Zhang Xuan melihatnya dengan muka keliru.

"Hmph, cikgu Zhang Xuan!" Tetua Mo bercakap dengan muka marah. Dengan nada yang lebih marah, dia berkata, "Kamu datang ke Pavillion Kompendium bukan untuk belajar tetapi sekadar untuk membuat hal! Dari hari ini, kamu tidak lagi dibenarkan memasuk Pavillion Kompendium! Kalau kamu menjejak walaupun selangkah ke sini sekali lagi, saya akan patahkan kaki kamu!"

"Membuat hal? Tetua Mo, dari mana kamu mendapat tanggapan ini? Saya hanya membaca melalui semua buku tersebut dengan betul betul, bagaimana pula saya menbuat hal?"

Walaupun dia telah merumuskan semua buku di Pavillion Kompendium di kepalanya dan tidak lagi perlu datang ke sini, dia tetap berasa kecewa mendengar tuduhan dan hukuman tersebut.

Kenapa apabila orang lain berada di sini, kamu ingat mereka sedang belajar, tetapi apabila saya berada di sini, kamu ingat saya yang membuat hal pula?

Logik apa yang sebegini?

Bukankah kamu terlalu melulu!

Next chapter