webnovel

"Kamu mahu membunuh saya?"

Melihat orang tersebut mengeluarkan sebilah pisau, Zhang Xuan mula berasa curiga.

Dia bernasib baik kerana telah menghabiskan masanya dengan bertapa dan bukannya tidur. Kalau tidak, apabila orang tersebut menyerangnya dengan senyap begini, semestinya dia akan terbunuh begitu sahaja.

"Saya perlu mengenalpasti identiti orang ini dahulu"

Zhang Xuan mengetahui bahawa untuk menjalankan operasi serang hendap pada waktu malam sebegini, kemungkinan dia tidak berseorangan. Kemungkinan besar mereka merupakan satu organisasi yang ingin membunuhnya. Kalau dia tidak dapat mengenalpasti dengan tepat identiti penyerang hendap yang ingin membunuhnya, walaupun dia berjaya membunuh orang tersebut, kemungkinan akan datang rakannya yang lain untuk mengambil nyawanya pada masa hadapan. Kalau dia tidak dapat mengenalpasti organisasi yang ingin membunuhnya, dia tidak dapat tidur dengan tenang.

"Siapa kamu?"

Sejurus sahaja Zhang Xuan mula memikirkan cara untuk memaksa orang tersebut memperakui organisasi yang terlibat, dia mendengar bisikan dari belakang. Tanpa disedari, orang yang memegang pisau tadi sudah pun berada sangat hampir dengannya.

Zhang Xuan tidak pernah mengintip sebelum ini. Sejurus melihat orang tersebut mengeluarkan pisaunya, dia menjadi gementar dan dengan tidak sengaja dia telah menghembuskan nafasnya. Hal ini menyebabkan orang tersebut menyedari akan kewujudannya.

"Saya…"

Kerana kehadirannya disedari dengan begitu cepat, Zhang Xuan mengeluh. Sejurus sahaja dia melangkah ke hadapan untuk bertarung dengan orang tersebut, dia mendapat suatu pedoman.

"Saya di sini untuk membunuh Zhang Xuan, guru yang sampah itu! Kamu pula siapa?"

Sambil menyamarkan suaranya supaya tidak dapat dikenali oleh orang tersebut, Zhang Xuan memberitahu.

Memandangkan orang tersebut datang ke sini untuk membunuhnya, dia boleh mengelirukannya dengan memberitahu bahawa dia juga berada di sini dengan tujuan yang sama.

"Kamu di sini untuk membunuhnya?" Orang yang berpakaian hitam itu terkejut. Namun, melihat bagaimana dia juga menutup mukanya dan dengan gerak geri yang seperti seorang pengintip, dia mula mempercayai kata-kata Zhang Xuan itu tadi.

"Memang. Guru yang paling sampah hanya akan mendatangkan masalah kepada pelajar jika dibiarkan begitu sahaja!" Zhang Xuan tidak dapat menahan mukanya yang berubah menjadi kemerahan apabila bercakap tentang diri sendiri.

"Oh kalau begitu, dipersilakan. Saya akan berjaga di sini untuk kamu!" Orang berpakaian hitam itu bercakap.

"Keng?" Zhang Xuan menjadi lebih keliru dengan kenyataan tersebut. Dia terus cuba menolak tanggungjawab tersebut kepadanya, "Saya merasakan lebih baik jika kamu yang melaksanakan tugas itu. Oleh sebab, kita berdua mempunyai motif yang sama, tidak penting lagi bagi saya siapa yang berbuat demikian!"

"Kamulah yang buat. Saya sebenarnya tidak ingin membunuhnya. Saya cuma ingin menghukumnya. Namun, kalau dia dibunuh, baik juga!" Orang berpakaian hitam itu cuba memujuknya.

"Menghukumnya?"

Zhang Xuan sekali lagi keliru. Menghukumnya…jikalau demikian kenapa dia memegang sebilah pisau? Dia tidak dapat menahan soalannya.

"Bagaimana kamu ingin menghukumnya?"

"Hmph, orang ini telah berkelakuan tidak senonoh dengan puan muda kami. Saya berniat untuk memotong kemaluannya dan menjadikannya seorang sida!"

Orang berkaian hitam itu menjelaskan dengan marah.

"…" Sejurus selepas mendengar niatnya, Zhang Xuan mula merasakan bayu sejuk bertiup pada kelengkungnya dan perasaan seram menyelubunginya.

Haram jadah! Kalau saya tidur dengan nyenyak malam tadi, tentunya sekarang saya sudah layak berkhidmat kepada maharaja!

*****!

Siapakah kamu untuk berkelakuan begitu ganas!

Tidak senonoh kepada puan muda kamu?

Zhang Xuan cuba mengingati perkara yang berlaku sebelum dan selepas kelahiran semulanya, namun dia tidak dapat mengingati bahawa Zhang Xuan yang sekarang dan juga yang lepas pernah berkelakuan sumbang dengan mana-mana puan muda!

"Zhang Xuan yang saya dengar itu hanya merupakan guru yang tidak berkelayakan. Saya tak pernah mendengarnya mencabul seorang perempuan. Apakah hal yang telah berlaku?" Zhang Xuan tidak menahan soalannya.

"Hmph, orang tu bagaikan haiwan dalam badan manusia! Guru? Cis, dia itu seekor binatang! Puan muda saya… Lupakan sahaja, lebih banyak saya memikirnya, lebih marah saya rasa!" Perasaan marah dapat dirasai daripada nada suara orang berpakaian hitam tersebut.

"…" Zhang Xuan hanya boleh melihat bintang-bintang.

Apakah hal yang telah berlaku, untuk kamu menghina saya sebagai binatang? Apa yang telah saya lakukan terhadap puan muda kamu? Lagipun, siapakah puan muda kamu? Ia boleh diterima lagi kalau dia cantik tetapi kalau dia hodoh! Bukankah ini agak keterlaluan untuk reputasi sebegini ditolak kepada saya!

"Kenapa kamu ingin membunuhnya?"

Selepas menghinanya, orang berpakaian hitam memandang kearah Zhang Xuan.

"Saya?" Zhang Xuan tidak menjangka orang tersebut akan menyoalnya. Dia terpaku untuk seketika sebelum mencengkam giginya dan menjawab, "Saya…saya tidak dapat menerima tindakannya mencabuli wanita!"

"Kamu juga tahu dia mencabuli wanita? Siapa yang dicabul olehnya?" Orang berpakaian hitam itu terkejut mendengarnya.

"Dia…" Zhang Xuan bercakap dengan angkuh, "Tidak ada sebab untuk saya menjawab soalan kamu!"

"Itu benar. Memandangkan kita mempunyai matlamat yang sama, kamu seranglah dahulu!" Melihat orang tersebut tidak sanggup mendedahkan apa-apa pun tentangnya, walaupun terdapat keraguan di mindanya, dia memilih untuk berhenti menyoal dan melambaikan tangannya sebagai isyarat kepada Zhang Xuan untuk berlalu terlebih dahulu.

"Lebih baik kamu menyerang dia sekarang! Kalau saya menyerangnya terlebih dahulu, dia akan mati sebelum kamu sempat menyunat dia. Adalah lebih baik untuk kamu sunat kemaluannya sebelum saya mengakhiri nyawanya !" Zhang Xuan jawab.

"Itu…" Orang berjubah hitam mula meragui tindakannya. Dia melihat Zhang Xuan dengan keraguan.

Dia mula berasa sangsi.

Bagaimanakah perkara sebegini boleh terjadi? Apabila dia berniat untuk menyunat Zhang Xuan, muncul seorang lagi yang ingin membunuhnya? Jikalau bukan disebabkan sikap waspada terhadap kekuatan orang tersebut, dia mungkin akan memukulnya sehingga pengsan.

"Kenapa? Kamu tidak percayakan saya? Kalau saya tidak mahu membunuhnya, kenapa saya akan datang ke sini dengan senyap pada tengah-tengah malam!" Menyedari keraguannya, Zhang Xuan cuba menangkisnya.

"Un!"

Mendengar penjelasan daripada Zhang Xuan, orang berpakaian hitam meragu seketika sebelum mengangguk kepalanya tanda bersetuju.

Dia betul. Waktu sudah pun lewat malam. Kalau bukan untuk membunuh Zhang Xuan, apa lagi tujuannya untuk berada di sini?

"Bukan kerana saya tidak percayakan kamu. Memandangkan misi kita sama, mari kita lakukan bersama-sama!" Orang berpakaian hitam itu membalas selepas berfikir untuk seketika.

Dia masih berasa sedikit sangsi terhadap orang di depannya itu.

"Kamu masih terlalu berwaspada. Bertenanglah. Saya mempunyai kehormatan diri selaku seorang manusia. Memandangkan kamu masih tidak percayakan saya…" Zhang Xuan tidak ingin memanjangkan perbualan ini lalu menuding ke hadapan, "Jom pergi bersama-sama!"

Selepas itu, mereka bergerak kehadapan.

"Peninju 5-Dan puncak?" Melihat sahaja pergerakannya, orang berpakaian hitam dengan segera dapat mengenalpasti tahap pertapaannya. Dia menumpukan qinggongnya untuk mengikutinya dari belakang.

Melihat orang yang berpakaian hitam mula mengikutinya, Zhang Xuan dengan segera menoleh ke belakang untuk melihatnya.

Boom!

Perpustakaan Jalan Syurga bergema dan sebuah buku muncul.

Kemahiran lawannya itu boleh disamakan dengan pelaksanaan sesuatu teknik tinju. Selagi seorang itu menggunakan tekniknya, Perpustakaan Jalan Syurga akan merumuskan sebuah buku tentang kelemahannya dan oleh hal demikian, latar belakangnnya juga akan didedahkan.

Zhang Xuan membaca buku tersebut.

Dia mendapati terdapat dua perkataan iaitu 'Yao Han' tertulis diatas muka helaian buku itu.

"Nama ini seakan-akan dikenalinya… Dari manakah pernah saya mendengarnya?" Zhang Xuan merenung pada muka hadapan sebelum mengimbas ke muka surat pertama.

"Yao Han, pembantu rumah Datuk Bandar Baiyu. Peninju 6-Dan alam Pixue tahap biasa, lapan titik akupunktur telah dibuka!"

"Ini dia?"

Melihat perkataan Bandar Baiyu, Zhang Xuan dengan segera dapat mengecam identiti orang dihadapannya.

Bukankah ini pembantu rumah yang meluru kepadanya lalu mengancamnya selepas dia menerima Zhao Ya sebagai anak muridnya?

Tidak hairanlah suara dan namanya seperti pernah didengari!

Cuma…

Ini bermaksud puan muda yang dimaksudkannya adalah Zhao Ya.. Namun apa yang telah saya buat terhadapnya sehingga kamu datang ke sini untuk menyunat saya?

" Kamu berani mencederakan saya… walaupun kamu lebih kuat daripada saya, saya mesti memberi kamu suatu pengajaran!"

Lebih banyak dia memikirkannya, lebih kuat perasaan marahnya.

Kalau ia sesuatu yang Zhang Xuan terdahulu buat, memandangkan dia telah pun mengambil alih tempatnya, walaupun dia akan rasa bersalah, dia akan mengaku kesilapan itu. Namun, kebenarannya adalah…dia tidak melakukan apa-apa pun! Menuduhnya melakukan jenayah yang langsung tidak pernah dilakukannya, dia terlalu keji!

Sambil memikiran perkara tersebut, dia sambung membaca senarai dalam buku tersebut.

"Teknik Pertapaan: Teknik Pengaliran Jed Putih!"

"Teknik Tinju: Tapak Diagram Mistik (Pakar), Penumbuk Diagram Mistik (Pakar)…"

"Kesalahan: 16 aspek. No.1, titik kelemahannya berada di belakangnnya dan dengan seni tinjunya dia tidak dapat menangkis serangan yang diarahkan ke titik tersebut… No.2… No.3…"

Seperti mana yang terjadi sebelumnya, buku ini akan merumuskan segala kesalahan orang ini.

Setelah membuka lapan titik akupunktur, kekuatannya sekarang berada pada tahap 12 ding. Kalau Zhang Xuan berlawannya secara terus, dia akan kalah.

Namun…

"Peduli apa kalau dia berada dalam alam Pixue? Peduli apa jika kamu mempunyai kekuatan 12 ding? Kalau saya tidak memberi kamu pengajaran hari ini, saya bukanlah Zhang Xuan!"

Hu!

Pada saat ini, Zhang Xuan tiba-tiba berhenti.

"Ada masalah ke?"

Melihat Zhang Xuan berhenti dengan tiba tiba, orang yang berpakaian hitam itu tanya dengan muka yang keliru.

"Tengok, ada UFO!"

Zhang Xuan menuding ke atas.

"UFO? Apa itu UFO?"

Orang hitam itu terkejut dan dengan cepat berpaling ke belakang untuk melihatnya. Kelakuan ini mendedahkan titik kelemahannya kepada Zhang Xuan.

Kekeliruan menyelubungi Yao Han. Dia tahu apa itu rama rama, ultimatum dan perisik. Namun, apakah yang dimaksudkan 'UFO' itu?

"Pergilah mati!"

Inilah peluang yang dinantikan oleh Zhang Xuan. Tanpa sebarang keraguan, dia menendang dengan seluruh kekuatannya pada titik kelemahan Yao Han.

Peng!

Sebelum orang berjubah hitam itu sempat membalas, titik kelemahannya telah pun ditendang. Dia terpelanting ke arah batu yang tidak jauh dari situ. Darah mula mengalir dari kecederaannya di kepala.

Memandangkan kamu ingin menyunat saya, mungkin saya patut menyunat kamu dahulu?

Lebih banyak dipikirkan tentangnya, lebih besar kemarahan dia. Zhang Xuan meluru kehadapan dan duduk di atas badan Yao Han. Dia melepaskan beberapa tumbukan tepat ke arah mukanya.

Pakar alam Pixue konon. Pakar 12 ding konon. Adakah mereka kuat sangat? Jikalau berjaya menjumpai titik kelemahan mereka lalu mengambil kesempatan keatas kelemahan itu, serangan hendap sebegini pasti dapat membunuh mereka!

"Kamu…"

Nampaknya, Yao Han tidak menjangkakan orang yang ingin memberi pengajaran kepada Zhang Xuan akan menyerangnya secara tiba-tiba. Lebih teruk lagi, titik kelemahannya telah diserang dan menyebabkan badannya menjadi kaku. Dia tidak dapat membalas serangan. Badannya menggeletar dengan marah.

Bukankah kita bersetuju untuk menangani Zhang Xuan Bersama-sama?

Apa ini!

Dimanakah kesetiaan kamu?

Dimanakah kehormatan kamu sebagai seorang manusia?

Lagipun…tidak kira apa pun, kamu seorang Peninju 5-Dan alam Dingli tahap puncak, seorang pakar antara pakar. Kamu sepatutnya mempunyai harga diri dalam sesebuah pertarungan. Dengan tidak malu menipu saya dan menyerang hendap saya sebegini…

Bagaimana pula dengan seni tinju kamu?

Bagaimana pula dengan pertukaran penumbuk?

Bagaimana pula dengan teknik pertapaan kamu?

Samseng pun tidak akan berlawan sebegini…

Dia berasa kesakitan yang tidak berkesudahan pada mukanya. Yao Han mula naik gila.

Pada saat ini, dia akhirnya tahu bahawa dia telah ditipu oleh orang yang bertopeng ini.

Lebih-lebih lagi, ini penipuan yang paling teruk sekali.

Next chapter