Bila menerima cadangan yang tidak matang dan tidak masuk akal itu, Bu Fang tidak tahu apa yang patut dikatakan.
Seseorang mahu membeli Si Putih. Dia mempunyai… citarasa yang unik. Bu Fang menoleh dan memandang Si Putih yang gempal itu lalu menelitinya dari atas ke bawah. Tiada apa yang luar biasa tentangnya. Lagipun, badannya sangat gemuk. Macam mana ada orang boleh berminat dengannya?
Terdapat ramai orang kaya yang datang ke Restoran Fang Fang di Bandar Diraja setiap hari namun tidak ada seorang pun yang mahu membeli Si Putih. Pemuda di hadapannya ini memang sangat berani.
"Si Putih, kamu dengar tak? Rupanya kamu ada peminat dalam dunia ni." Bu Fang mengusap perut Si Putih yang putih dan buncit itu dengan sambil berkata-kata dengan serius.
Mata robotik Si Putih memancarkan cahaya merah. Tangannya yang nampak seperti kipas itu menyentuh kepalanya… Wajahnya nampak bingung.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com