1 Prologue

Masa: Dalam lingkungan jam 7 petang

Tempat: Perkarangan Kolej Kediaman Satria, UTeM, Melaka

Mata bertentang mata, kaki kaku berdiri berpaksikan bumi, cuaca mendung menandakan renyai hujan kian menghampiri. Dua insan masih setia di situ, membalas tatapan dengan tatapan yang kaku tanpa sebarang kata, mulut terkunci membisu. Genggaman tangan masih utuh tidak terlerai, masing-masing berat untuk mengakhirkan sebuah perjalanan yang menyayat kalbu. Namun mereka berdua tahu, meneruskan tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

Meneruskan juga bakal mengoyakkan lagi luka di hati yang telah tersedia rabak. Imi mendekatkan dirinya ke arah Hannah, kini jarak antara mereka berdua tidak sampai sejengkal. Nafas terhela panjang, di kotak fikiran sudah terawang-awang sejuta perkataan namun satu pun tidak terluncur keluar daripada bibir.

Genggaman tangan dilepaskan, Zul menyentuh lembut pipi Hannah, diusapnya perlahan menyeka air mata yang mengalir turun ke dagu. Wajah insan kesayangannya ditatap untuk mungkin kali yang terakhir. Tak termampu untuknya menahan esak di dada, genangan air matanya juga kini turut membanjiri kelopak mata. Hanya Tuhan sahaja yang tahu sakitnya melepaskan, namun Tuhan jugalah yang menakdirkan, mungkin ini salah satu daripada perancangan yang Maha Esa, fikir Zul.

"Awak taknak beri saya peluang ke..." Zul membisik lembut di telinga Hannah. Dahinya dan dahi gadis itu bertemu, Zul melingkarkan tangannya ke leher Hannah. Mata kedua mereka terpejam rapat, cuba menjiwai saat-saat terakhir ini bersama.

"Saya tak boleh.. saya tak boleh paksa hati saya.." Hannah membalas bisikan Imi ringkas, tetapi maksudnya sampai terus ke dalam hati Zul. "I know you have changed, I know.. but I can't Zulhilmi.."

Hannah menundukkan pandangannya ke bawah, hanya memandang ke tanah. Tak lama sebelum dia memandang kembali ke dalam mata Zul. Ditatapnya wajah lelaki itu penuh dengan 1001 perasaan. Marah, benci, sayang, menyesal, rindu, semuanya bercampur-aduk. Memang berat untuk melepaskan dirinya, namun Hannah perlu mengambil keputusan demi dirinya sendiri jua.

"I'm sorry.. thank you for everything" Hannah memegang kedua belah tangan Zul, ditarik tangan yang melingkari lehernya itu turun ke bawah lalu digenggam erat jari-jemari lelaki itu.

Imi yang sudah sejak tadi lemas di dalam air mata, mula menarik nafas panjang, perasaannya cuba ditenangkan. Dia mengusap matanya yang merah itu dengan tangan sebelum menarik badan Hannah mendekati dirinya. Dipeluk gadis itu penuh kasih, dahinya dicium sebagai tanda sayang.

"Whatever it is, I love you, and will always do.." ungkapan keramat itu diluahkan ke telinga Hannah sebagai tanda cinta. Cinta yang tidak akan padam buat selamanya, hanya Tuhan sahaja yang mampu menyatukan mereka semula, sepertimana Tuhan telah aturkan titik perpisahan ini buat keduanya. Zul menatap mata Hannah buat sekelian kalinya, bibirnya semakin rapat dengan bibir Hannah sebelum satu ciuman bertaut antara keduanya. Ciuman terakhir.

"Selamat tinggal, awak jaga diri, makan tau, awak suka skip meals, nanti awak gastrik lagi. Jangan tidur lambat sangat.. Fighting untuk final exam awak Hannah, jia you!" Zul berpaling membelakangkan Hannah, kakinya dilangkahkan ke arah kereta, sebelum dia memasuki perut kereta, sempat dia melemparkan satu pandangan ke arah Hannah, senyuman dihadiahkan kepada kekasihnya itu, sebelum pintu kereta ditutup. Perodua Myvi yang dibawa oleh Zul mengaum selepas enjin dihidupkan, lalu selepas beberapa detik, kereta itu kelihatan semakin jauh, semakin jauh, semakin jauh dan semakin jauh daripada penglihatan Hannah sebelum hilang sepenuhnya daripada lensa mata.

Hannah tidak tahu mengapa dirinya tidak mampu berbuat apa-apa, dirinya bungkam, pesanan terakhir Zul sebentar tadi jelas didengari di gegendang telinga namun mulutnya tidak bisa mengeluarkan sebarang kata. Dia diselami dengan timbunan perasaan yang haru-biru di dalam jiwa. Kakinya menapak naik ke kolej di tingkat 5 dengan perlahan, otaknya masih cuba memproses apa yang sedang berlaku.

Sampai sahaja di bilik, dia merebahkan badan di atas katil, selimut ditarik lalu dipeluk erat sebelum diselubungkan ke seluruh badannya. 20 keping gambar polaroid yang diberi oleh Zul tadi ditatap satu persatu, semua kenangan mereka berdua tersemadi di dalam gambar itu. Disisip semua polaroid itu di tepi katil, kepalanya dilabuhkan ke atas bantal, dia penat.

Hati, otak, jiwa, semuanya penat. Dia memutuskan untuk melarikan diri sebentar dari dunia realiti, dan dia tahu ubatnya hanya satu - tidur - Hannah tidur dengan ditemani air mata yang berlinang di pipi. Menerobos ke alam mimpi, jauh daripada derita hidup yang memakan sanubari.

Daripada saat keretanya melepasi pintu utama UTeM tadi, Zul masih tidak berhenti menangis. Hatinya sakit bagai ditikam-tikam pisau belati. Satu persatu kenangan dan memori dimainkan semula di dalam fikiran. Tidak satu pun yang terlepas dari ingatan.

Kini, perjalannya pulang ke Putrajaya bermula, perjalanan yang menandakan akan bermulalah hidup baru baginya, mengkahirkan sebuah diari indah percintaan yang pernah suatu ketika dimimpikan agar berkesudahan di jinjang pelamin.

Apakan daya manusia biasa, tidak semua yang dirinya mahu, Tuhan izinkan dengan mudah. Zul menghembuskan asap rokok yang terakhir sebelum puntung rokoknya dibuang keluar, tingkap dinaikkan semula rapat. Pedal minyak ditekan kuat, Perodua Myvinya memecut laju membelah hamparan lebuhraya.

"InsyaAllah Hannah, saya takkan mengalah..."

avataravatar
Next chapter