webnovel

kisah seram bilik no 4 part 1

Kisah yang aku nak kongsikan kali ini berlaku kira-kira 10 tahun dulu ketika aku belajar di sebuah institut pengajian tinggi. Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke hostel setelah sekian lama tinggal dengan mak ayah sampai habis SPM.

Bila dah pertama kali, semua benda kena buat sendiri seperti membasuh baju, gosok baju dan kemas bilik. Biasanya kat rumah mak buatkan.

Blok asrama yang aku duduk ketika tu berbentuk segi empat. Ada Wing Utara, Wing Barat, Wing Timur dan Wing Selatan. Bilik aku berada di tingkat dua wing timur. Bilik numbor 6. Aku suka bilik tu sebab bila bangun pagi buka tingkap, nampak gunung berkabus tak jauh kat sana.

Gunung yang cukup popular kat Malaysia dengan kisah lagendanya. Tidak jauh dari bilik aku, adalah bilik no 4 yang sering menjadi perbualan hangat penghuni blok tu ketika itu. Sebab apa? Sebab bilik nombor 4 ini sahaja yang tak ada penghuni. Dikosongkan.•bersambung•

bukan penulis sebenar

nur_syahirahcreators' thoughts
Next chapter