1 Cinta yang sebenar

Cinta yang sebenar adalah cinta yang membawa kita kepada Pencipta. Cinta yang sebenar adalah cinta kepada Dia yang menjadikan perasaan cinta. Bagaimana kita boleh terlalu mengagungkan rasa cinta tanpa kita mengagungkan Dia yang mencipta rasa cinta tersebut? Cinta itu bersifat damai, indah, menenangkan pemiliknya. Cinta itu percaya, yakin. Cinta itu rasa agung yang wujud, lalu mendamaikan manusia. Tanpa cinta, manusia akan saling membenci, bergaduh, bertelagah, dan bermusuhan. Hidup tanpa cinta ibarat pokok tanpa air. Cinta adalah oksigen bagi manusia, karbondioksida bagi tumbuh-tumbuhan. Cinta tidak pernah menyakiti. Cinta selalu memimpin hati ke arah yang diredhai. Jangan pernah mengatakan cinta, sekiranya engkau melukai, menodai orang engkau cintai. Ini adalah kerana cinta itu seperti air mutlak. Suci dan menyucikan. Suci pada zatnya. Lalu menyucikan pemiliknya dari dosa, dan kesalahan yang bakal menyakiti dirinya sendiri. Kalau kau benar-benar mengerti, kau akan menghargai cinta anugerah Ilahi. 😊🌻

avataravatar